Thursday, February 3, 2011

renungan........

Salam,

Orang Melayu memang satu bangsa yang yang sangat toleren. Lihatlah bagaimana pendatang asing berpuluh dan beratus tahun dahulu yang di beri ruang oleh orang Melayu menjadi kaya raya ketika ini dan menjadi bos dalam dunia perniagaan juga korporat dan mungkin memerintah negara kita yang tercinta ini kiranya kita terus lalai.

Usah cemburu, mereka berwawasan dan rajin ekoran keadaan sebagai pendatang (kini tidak lagi) yang serba kekurangan. Mereka dahulu pendatang bukan berlatarbelakang keusahawanan pun, ini mengikut ceramah dan buku Rahsia Bisnes Orang Cina oleh Ang Wan Seng. Sebaliknya orang kita telah berniaga sejak zaman ke Sultanan Melaka lagi, kita bangsa yang berkebolehan dalam serba serbi, tengoklah profesional kita berjaya dinegara orang, kita seimbang dengan negara maju dalam bidang Oil and Gas dan menjadi kebanggaan negara Islam.

Saya bersetuju, kita kena balik kepada asas agama Islam yang mengajar kita supaya berjaya didunia dan akhirat. Kita perlu kikis perasaan hasad sebaliknya bertolong tolongan sesama kita. Pemikiran kita (mindset) perlu diperbetulkan, fokus kepada kemajuan. Diperingat awal diri kita sendiri boleh dijadikan contoh yang baik, menjadi mentor kepada anak anak, keluarga serta saudara mara dan seterusnya kepada masyarakat.

Bermulalah berperingkat, kita boleh, tetapi ingat kejayaan perlukan pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit.

Saya yakin bangsa kita mampu mencapai kecemerlangan kerana kita berkebolehan jika kita fokus.

Terima kasih.

No comments: