Sunday, February 7, 2010

Hai-O oh Hai-O

Assalamualaikum w.b.t.
Pagi tadi saya menerima email dari satu group berkaitan tentang Multilevel Marketing yang berjalan di atas nama Hai-O Marketing. Sebenarnya, sudah lama saya memerhatikan perjalanan syarikat ini (dari jauh je lah…, tapi email yang saya terima cukup membuatkan saya teruja untuk menulis satu balasan email yang saya rasa cukup panjang di dalam sejarah hidup saya. Jadi di sebabkan balasan email tersebut mencipta satu sejarah buat diri saya (email balasan terpanjang di dalam hidupku), jadi saya abadikannya di blog ini. Tujuan lain, moga menjadi panduan untuk membuka mata pembaca agar tidak mudah diomokkan dengan jalan menuju kekayaan yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Tulisan saya mungkin agak “direct” tapi saya rasa inilah cara terbaik untuk saya memberitahu kepada sekelian pembaca agar berhati-hati dengan syarikat yang disangka hebat. Wallahualam

Email Yang di Balas Oleh Saya
Salam…

Terpanggil untuk turut sama menasihati diri sendiri serta sesiapa sahaja yang sudi mendengar.

Bagi memperkatakan tentang MLM, tentunyalah akan menimbulkan pelbagai reaksi baik dari segi positif mahupun negatif. Ini tidak dinafikan kerana di alam MLM, wujudnya 2 kelompok iaitu kelompok yang berjaya dan kelompok yang kurang berjaya ataupun gagal. Sebab itulah jangan terkejut jika akan ada kelompok yang akan mempertahankan secara habis-habisan tentang MLM yang disifatkan negatif oleh sesetengah pihak. Begitu juga, akan ada satu kelompok yang akan membantai secara bersungguh-sungguh sekiranya ada org yang mempromokan perniagaan MLM kepada mereka.

Kebanyakan mereka yang membantai perniagaan MLM ini adalah dari kelompok mereka-mereka yang kurang berjaya ataupun yang pernah gagal. Mungkin MLM yang pernah mereka pasarkan kurang mendapat sambutan atau yang paling memeritkan adalah mengalami kerugian yang tidak disangka-sangka (sabotaj, kompeni tutup dll). Walaubagaimanapun, kegagalan ini pada saya adalah amat baik kerana setidak-tidaknya mereka mengalami sendiri apa yang dikatakan tentang jatuh bangun perniagaan MLM itu sendiri. Biarpun gagal, sekurang-kurangnya mangsa memiliki pengalaman yang tidak bernilai yang mana boleh digunakan untuk memulakan satu-satu bisnes lain tanpa mudah kena tipu lagi. Sikap berhati-hati akan timbul secara automatik untuk terlibat kembali di dalam perniagaan yang lain.
Jika terasa tiadanya keberkatan di dalam perniagaan sebelum ini, cari puncanya di mana. Dan perbaikilah semoga ianya tidak berulang. Jika sembang tentang harapan & cita-cita, pastikan ianya tidak mengakibatkan kekaburan tentang segala ketentuan kejayaan atau kegagalan adalah hanya dengan izin ALLAH. Jika sembang tentang duit yang bakal diterima, jangan lupa ingatkan tentang tanggungjawab yang wajib dilaksanakan untuk menginfakkan sedikit rezeki yang dipinjamkan kejalan ALLAH. Ingatkan mereka agar sentiasa sedar bahawa rezeki yang diterima hanyalah sebagai pinjaman dari ALLAH jua.
DAN… ingatkanlah mereka agar SENTIASA SEDAR bahawa kekayaan & kemewahan adalah salah satu cara ALLAH menguji hamba-hambanya. Jangan sampai dikategorikan sebagai MANUSIA ISTIDRAJ (Apa itu ISTIDRAJ?, Klik Saya). Bila mana sudah mampu memiliki BMW @ MERC, jgnlah mendabik dada…. jangan jadikan alasan “Owh, saya beli BMW nih sebab nak tunjukkan pada group untuk bagi mereka semangat untuk terus berusaha….“. Memang tak salah, untuk menaikkan semangat mereka tapi tanya balik hati, adakah alasan tersebut, ikhlas atau terselit niat untuk memastikan mereka terus kuat berkerja agar kita konsistent untuk membayar loan BMW kita tu?

Sesungguhnya, kekayaan jugalah menjadi penyebab ramai orang kita lupa diri. Paling simple, menganggap ringan urusan solat. Start meeting MLM pukul 8.30pm. Sesi Presentation, Sesi Brain Storming, Sesi Soal Jawab & ditambah pula sesi lepak kedai kopi akan lajak sehingga pukul 2.00 pagi..kengkadang 3-4 pagi pun ada. Bila dah lepak sampai pagi, badan pun letih gila…sampai rumah.. hati kata “Letih gile nih…Ala..jap-jap lagi la semayang…” last-last..lajak sampai pukul 10 pagi… Bila dah hari-hari cam tuh.. akan jadi kebiasaan dan akhirnya tergolonglah kita dalam kategori orang yang fasik.. buat dosa pun, macam dah tak rasa apa… Itu bab solat. Solat = Tiang Agama. Bila tak solat, goyang lah tiang. Bila tiang goyang, Iman pun goyanglah bila tengok punggung awek cun bergoyang…duit pulak banyak…

Begitu juga dalam hal Hai-O Marketing. Plan MACAM cantik. Tapi… sepatutnya perniagaan MLM macam nih patutlah direject seawal presentationnya. Kenapa?

PERTAMA : melibatkan manipulasi plan (atau panggilan orang MLM –“Main Plan”. Pembelian pangkat di dalam satu-satu hirarki untuk cepat naik tanpa perlu bekerja keras.“Main plan” juga menunjukkan bahawa syarikat tersebut memiliki satu pelan pemasaran yang lemah sebab memiliki “vulnerability” yang memungkin kan manipulasi plan berlaku.“Main plan” akan mengakibatkan orang yang tak mampu keluar modal tinggi, yang secara umum bermula dengan modal paling minima, berpenat lelah mencari pelanggan, akan jauh ketinggalan di belakang.“Main plan” juga adakalanya akan mengakibatkan satu-satu syarikat MLM itu tidak bertahan lama bila mana akan berlakunya OVERPAID.
KEDUA :Ciri-ciri utama MLM yang Murni adalah “Modal Kecil, Untung Besar”. Jika sekiranya Ciri ini tidak ditepati, pada saya ianya tidaklah menjamin kemurniannya. Modal standard untuk memulakan satu-satu perniagaan MLM di Malaysia adalah di dalam lingkungan bawah RM 500. Kenapa? Sebab rakyat Malaysia rata-rata adalah berpendapatan sederhana dan kebawah.Kelompok mereka yang berpendapatan sederhana dan kebawah ini pula adalah satu kelompok yang paling banyak di dalam Malaysia. Kalau kita nak memulakan satu perniagaan MLM (yang mana kemajuan perniagaan MLM berkadar terus dengan bilangan keahlian) kenapa mahu join perniagaan yang kita lihat kelompok yang bakal menganggotai nya adalah kecil? Hai-O marketing pula memanipulasikan kakitangan kerajaan yang kebanyakannya berpendapatan sederhana dan memiliki kemudahan MUDAH BUAT LOAN untuk terjerumus ke dalam kancah keterhutangan yang sia-sia (kalau beli rumah ka, atau join unit trust ka… ok lah…

Modal permulaan yang tinggi di dalam satu-satu perniagaan MLM adalah mengarut. Percayalah bahawa dari 10 orang yang join, mungkin hanya 1 atau 2 orang sahaja yang boleh bergerak untuk menaja orang lain. Kalau MLM biasa pun (yang modal tak sampai RM 500) pun ramai yang tak boleh buat penajaan, apa lagi yang modal RM 21 000? Jangan salahkan mereka semata kerana tidak bersungguh mempelajari cara untuk convince prospect. Tanya balik diri kita, bersungguhkah kita mengajari mereka? Kadang-kadang, faktor kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah juga penting. Ramai juga antara kita, nak buat simple presentation pun gagap sebab terlampau gemuruh….

Jadi tanya diri kita…“BOLEHKAH KITA PASTIKAN ORANG YANG KITA TAJA, MAMPU MENAJA ORANG LAIN SEPERTI YANG TELAH KITA LAKUKAN KEPADA BELIAU…” Jika kita pun ragu, baik tak usah. Kalau modal RM 500 ok lah lagi…tapi kalau RM 21 000? Sedangkan modal RM 138 pun, mereka sanggup menyantau guna bomoh sarawak!

Di hai-O, bila tak boleh menaja, disarankan kepada kita untuk menjual korset yang berlambak. Kalau harga rm 200 ok la lagi. Tapi kalau harga sampai RM 2000? bukan semua orang mampu jual barang semahal tuh dan bukan semua orang mampu milik barang semahal tu. Tak mampu? boleh bayar ansuran…kalau cash, RM 2300, kalau ansuran RM 2500… RM 2500 – RM 2300 = RM 200.. lebihan RM 200 nih layak kah kita miliki (berdasarkan hukum?)
Banyak sebenarnya kalau nak ditulis, tapi disebabkan oleh kesuntukan masa saya berhenti di sini dulu. Saya alu-alukan sebarang komen membina atau tak membina dari tulisan saya ini. Apa pun tujuan saya adalah untuk kebaikan kita bersama supaya terus tidak menjadi mangsa RISIKO-RISIKO TERSEMBUNYI perniagaan MLM.
Maaf jika terkasar. Buruk dari saya, INDAH + HEBAT hanya dari ALLAH jua…
5 tanda amaran MLM skim pyramid
1. Memerlukan pengambilan donwline baru sepanjang masa tanpa henti
tanya: adakah pengambilan downline baru tanpa had dibenarkan, dan adakah mrk yg baru menjadi downline ditawarkan insentif spt barang, bonus, advancement, komisen dll sbg ganjaran mengambil downline baru seterusnya dibwh mrk? ini memberi persepsi bahawa psrn itu sdg berada pd tahap tepu (saturated) dan program harus berpindah ke lokasi yg lain atau memperkenalkan produk lain utk kesinambungan mrk. peluang utk setiap downline baru mendapat pulangan wang akan menjadi semakin mengecil sejajar dgn pengembangan system piramid yg semakin melebar ke bawah.

2. Peluang naik hierarki berdasarkan brp banyak downline baru berjaya direkrut berbanding perlantikan pangkat secara berlantik.
tanya: apakah uplline yg terlibat dpt advance position dlm hirarki (dan juga income mrk) berdasarkan keupayaan merekruit downline dibwh mrk? sekiranya satu2nya cara utk mendapat kenaikan pangkat dan income ialah dgn cara merekruit org baru, ia sangat2 memberi indikasi bwh sistem itu ialah sistem piramid.
3. Downline baru harus bermula dgn membuat pembelian pd kadar yg ditetapkan

tanya: adakah downline baru masuk perlu membuat pembelian pd harga tertentu? adakah mrk dipujuk utk membuat pembelian insentif sbg cara utk mengambil peluang perniagaan dan sebagai kesinambungan cara utk melayakkan seseorg utk memperolehi kenaikan pangkat dlm MLM? sila berhati2 terhadap terhadap kuantiti minimum pembelian dikenakan ke atas anda - di mana anda 'must pay to play' the game. minimum pembayaran itu utk melayakkan anda mendapat advancement or commissions. berjaga2 skiranya anda dikehendaki membeli barang secara berterusan/maintain pembelian setiap bulan misalnya. bisnes biasa tidak memaksa anda membuat pembelian sedemikian. anda hanya membeli apabila adanya keperluan/kadang2. target pembelian berterusan mungkin satu 'penyamaran' pelaburan barangan berdasarkan skim piramid. hanya segelintir kecil saja yg mendapat komisen mencukupi utk cover cost perbelanjaan mrk.
4. company membayar komisen atau bonus lebih dari 5 level distributors
tanya: adakah company membayar komisen atau bonus kpd distributor dlm hirarki melebihi level yg dijustifikasikan?(5 misalnya). malah company besar yg menguasai psrn seluruh dunia pun ada 5 level sales management saja - branch, district, regional, national and internationals sale managers. membayar komisen n bonus keatas lebih 5 level dlm MLM program akan mengkayakan mrk yg berada di atas takhta piramid. anda perlu bijak utk menghindari program yg melibatkan lebih 5 level ini. ia akan menjadi satu system compensation yg sgt memanipulasi kerana anda membayar kepada keseluruhan peserta kumpulan anda, bukan hanya individu. keadaan ini menyebabkan kerugian pd tahap serius, kecuali mrk yg berada dlm kelompok 'top of a mega pyramid of pyramids.
note: lihat balik senarai org tertinggi sykt mlm anda siapa. sendiri mau ingat.

5. Rekruit org baru lebih dipentingkan daripada produk diniagakan
tanya: adakah donwline yg beli barang itu mendapat sedikit saja pulangan hasil jualannya (less than total payout) kerana total payout diagihkan pd upline yg tiada kene mengena dgn jualan anda lakukan? jika ya, ini menunjukkan upline anda mendapat komisen dari setiap sale anda lakukan (downline). keadaan ini adalah 'syurga' bagi upline person tetapi suatu nightmares utk org yg menjaul produk itu. elakkan company MLM menggunakan sistem ini.
anda juga harus berhati2 sekiranya MLM promoter mengajak anda memilih 2 pilhan or tracks - satu utk mereka menjual product dan satu lagi track utk mrk yg serius mahu 'building the business'. sekiranya incentive sgt2 bergantung kpd recruiting, company ini wajar diragui.
kajian terbaru menunjukkan, sekiranya kelima2 ciri ini wujud di dalam MLM anda, peratusan utk semua peserta kehilangan wang ialah hampir 99.9%.- iaitu jauh lebih teruk dari 87.5%-93.3% kadar kerugian utk bisnes biasa spt skim produk bukan piramid; mahupun peluang menang 'judi' di Las Vegas. adalah lebih baik menjual pensil di tepi jalan.


terjemah dari tulisan Dr. Jon Taylor)
artikel ini diedit dan diterjemah dari www.mlm-thetruth.com

No comments: