Friday, November 14, 2008

Untuk Anak Bangsa............

Untuk berbincang secara formal dan ilmiah berkenaan dengan nasionalisme dan fungsiannya, suatu penghususan perlu ditetapkan memandangkan keadaan definisi dan terjemahannya sahaja sudah berbeza, apatah lagi impak-impak beserta contoh. Maka penulis akan memaparkan luahan ilmiah bersandarkan beberapa rujukan bebas dan konotasi kronologi peristiwa sejarah berdasarkan ingatan serta bacaan sebelumnya mengikut rentetan skop Malaysia. Skop nasionalisme Malaya atau nama barunya Malaysia akan diambil sebagai rujukan untuk memperkembangkan jawapan tugasan. Perbincangan ini adalah mewakili pendapat dan cadangan terbuka daripada penulis tanpa ada rasa prejudis terhadap sesiapa walau dimana mereka berada. Dengan kecetekan ilmu yang ada, mungkin pandangan atau pendapat yang dikemukakan kurang tepat atau tidak berkaitan. Namun, sebagai manusia biasa yang tidak mungkin lepas dari kesilapan. Penulis terlebih dahulu memohon jutaan kemaafan.
Kita berbalik kepada soal pokok, sebelum 1920-an istilah nasionalisme dan politik tidak pernah wujud dalam kamus hidup orang Melayu. Mereka tidak mengenalnya, malah tidak pernah mempedulikannya. Perkataan yang paling hampir maksudnya dengan politik dan pernah digunakan oleh orang Melayu ialah siasah, yang asalnya merupakan perkataan Arab manakala nasionalisme pula tidak pernah dicatatkan penggunaannya dalam minda orang melayu.
Kerana tidak biasanya dengan politik, maka apabila perkataan itu diperkenalkan, orang Melayu termangu-mangu. Ada seorang penulis Melayu pada sekitar tahun 1927, mendefinisikan politik sebagai ‘suatu adat baru’.
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah kesedaran sebenar orang Melayu tentang hak politiknya adalah perkara baru. Mereka tidak pernah memikirkannya secara serius sebelum memasuki abad ke-20. Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat individu. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebih kelompok kecil yang diwakili oleh individu itu, contohnya keluarga dan bukannya bangsa Melayu secara keseluruhan.
Arus kesedaran sebenar orang Melayu tentang hak mereka mula dapat dikesan melalui tulisan-tulisan Zaaba di dalam Al-Imam dan Mohd. Eunos Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi sisipan akhbar Inggeris ‘Free Press’. Tulisan-tulisan itu membawa aliran menyeru orang Melayu supaya bersatu dan membina jati diri masing-masing. Aliran itu cepat meninggalkan kesan di hati umat Melayu yang sebelumnya terlowong kosong. Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan bacaan di kedai-kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah supaya isi yang dibaca itu dapat dikongsi oleh semua Melayu lain yang mendengarnya.
Aliran kesedaran itu bertapak semakin kukuh pada sekitar tahun 1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa pada dekad itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatang-pendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang asing mula bertunas.
Hasil daripada kesedaran itu muncullah seorang demi seorang nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam bidang persuratan dan persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat kebangsaan mula tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di suatu garisan yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan tidak mempunyai pilihan lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan dipijak lumat.
Seruan-seruan yang mengajak Melayu bersatu muncul dengan banyaknya. Pada mula, kebanyakannya bercakap atas asas agama. Tokoh-tokoh seperti Syed Sheikh Alhadi, atau yang terdahulu seperti Tuk Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong melihat penguasaan asing sebagai ancaman besar terhadap kedudukan Islam di Tanah Melayu. Suara mereka mula kedengaran dalam segala macam cara menyeru dan mengajak umat Islam supaya bangkit mempertahankan hak. Pada waktu itu fokus penentangan lebih terarah pada penjajah Inggeris dan budaya Kristian yang dibawa oleh mereka.
Daripada aliran penentangan itu berkembang pula suara-suara penentangan yang berasaskan ras. Orang Melayu, dan Islam, tentunya mula menyedari bagaimana hak mereka menjadi semakin kecil, dan pada masa yang sama orang lain mengaut pelbagai bentuk keuntungan di atas hak itu. Dan bagi mereka, orang lain itu bukan setakat Inggeris.
Bagaimanapun satu keunikan sikap orang-orang Melayu ialah, mereka sebenarnya tidak marah pada imigran Cina atau India. Malah tidak juga terhadap penjajah Inggeris. Nilai toleransi mereka yang begitu tinggi, menyebabkan para nasionalis Melayu tidak menganjurkan perjuangan ala-Ku Klux Klan, yang mengganas di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Pemimpin pemimpin Melayu sejak awal lagi tidak mengamalkan prinsip prinsip nasionalis yang berjiwa chauvanist. Mereka tidak mengajak orang Melayu membenci sesiapa.
Apa yang berlaku ialah para nasionalis awal itu lebih banyak menyeru orang Melayu supaya memperbaiki diri mereka sendiri. Mereka tidak mengapi-apikan anak bangsa mereka supaya membenci orang lain. Mereka tidak menghasut orang Melayu supaya bangkit mengusir sesiapa.
Kalaupun ada suara-suara terpencil yang cuba mencetuskan rasa benci Melayu kepada penjajah dan imigran, suara itu acapkali akan terpadam. Ibrahim Yaakob, sebagai contoh, menolak tanggapan bahawa yang mengancam masa depan bangsa Melayu ialah pendatang asing. Baginya punca ancaman yang sebenar ialah modal asing, yakni kekuatan ekonomi orang-orang luar. Dan berulangkali, sambil menekankan bahawa pendatang asing harus menerima hakikat tentang perlunya orang Melayu memiliki hak kewatanan, Ibrahim juga percaya, untuk mengatasi ancaman modal asing itu, orang Melayu tidak sekadar perlu bekerja kuat, tetapi mesti bersatu padu.
Seruan-seruan seperti itu banyak meninggalkan bekas. Melayu yang bercelaru tentang status bangsanya mula berganding tangan. Bugis, Jawa, Bawean, Aceh, Melayu Jati dan segala rumpun lain yang terdapat di Tanah Melayu pada waktu itu tidak lagi mencari perbezaan di antara mereka, sebaliknya masing-masing cuba mencari persamaan. Paling tidak, satu persamaan yang ketara ialah, boleh dikatakan kesemua mereka beragama Islam. Persamaan itu menjadi aset besar untuk mereka bergerak ke arah yang sama, dan dengan matlamat yang sama. Hasil daripada itu, dalam tempoh yang singkat, Melayu mula berdiri sebagai satu kesatuan bangsa.
Sebenarnya usaha menyatukan Melayu telah dapat dikesan seawal dekad 1920-an. Pada waktu itu tertubuhlah apa yang dinamakan Kesatuan Melayu Singapura, di mana seorang pengarang, Mohd. Eunos Abdullah menjadi presidennya. Jika Kesatuan itu boleh dianggap sebagai organisasi politik Melayu yang pertama, Eunos tentulah merupakan presiden pertubuhan politik Melayu yang pertama juga. Bagaimanapun peranan Eunos dalam meniupkan semangat nasionalisme tidaklah begitu ketara kerana, dia dianggap Melayu yang taat pada Inggeris oleh kalangan nasionalis yang lain. Apa juga yang tersirat di sebalik usaha menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura, ia tetap merupakan langkah yang baik ke arah penyatuan Melayu dan meninggalkan kesan yang positif ke atas perjuangan Melayu.
Pada penggal kedua 1930-an muncul sebuah lagi organisasi tidak rasmi yang menjadi tempat Melayu menghimpunkan suaranya. Dinamakan Sahabat Pena, organisasi itu berjaya mengumpulkan belasan ribu ahli, yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Melayu yang menyedari akan peri pentingnya mempertahankan hak. Pada tahun 1939 Sahabat Pena dikatakan mempunyai ahli lebih 12,000 orang - jumlah yang tidak boleh dipandang kecil jika diambil kira latar belakang komunikasi pada waktu itu.
Kesedaran Melayu untuk bangkit dan bersatu itu bukanlah kerana pendidikan dan bukan kerana ilmu. Majoriti Melayu tidak berpeluang menimba ilmu sehingga mampu mencetuskan kesedaran sedemikian di jiwa mereka.
Apa yang menyedarkan Melayu daripada lenanya ialah tekanan kemiskinan. Jika pada peringkat awal kedatangan imigran asing, orang Melayu masih boleh bersikap tidak apa kerana jurang antara mereka dengan kumpulan imigran itu belum begitu ketara, kini keadaannya berubah. Tahun demi tahun mereka melihat bagaimana orang-orang asing itu menjadi lebih makmur dan kaya, sedangkan mereka hanya menumpang sisanya.
Memang benar ada Melayu yang berjaya. J.M. Gullick dalam ‘Malay Society’ ada menyebut bagaimana tatkala orang orang Cina menguasai lombong dan ladang, ada kapitalis kapitalis Melayu yang turut menjadi kaya raya. Tetapi bilangan mereka kecil, sangat kecil kalau dibandingkan dengan golongan hartawan bukan Melayu.
Hasil kepesatan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu memang membuka ruang yang lebih besar kepada orang Melayu untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan. Memang ada banyak Melayu yang boleh menjadi orang besar di sesebuah pejabat. Tetapi bilangan mereka juga masih terlalu jauh untuk mengimbangi kelompok Melayu yang terpinggir, yang miskin dan yang hidup kais pagi makan pagi.
Situasi politik di Malaysia mungkin berbeza jika penjajah Inggeris tidak melihat warga pribumi sebagai orang-orang dungu yang boleh dipekup mulut. Jika hak yang dikaut di bumi ini tidak asyik diangkut balik, sebaliknya diagih sama rata secara baik, orang Melayu mungkin masih belum kenal istilah nasionalisme sehingga sekarang. Jika Inggeris tidak memilih untuk melebih-lebihkan imigran asing semata-mata kerana sumbangan ekonomi mereka kepada England, dan kerana kedudukan mereka sebagai pengimbang pengaruh Melayu, berkemungkinan besar orang Melayu masih sudi bertuankan mereka.
Malangnya Melayu tercicir jauh. Mereka hanya menjadi saksi-saksi yang sakit apabila bercakap soal kemakmuran di negeri sendiri. Mereka kekal menjadi petani kecil yang memikul guni padi untuk dijual di kedai tauke Cina yang asalnya mungkin menumpang di tanah mereka. Kemudian wang yang diperolehi digunakan pula untuk membeli barang di kedai seorang tauke Cina lain, yang asalnya menumpang di hujung tanah ipar duai mereka.
Tidak ada bangsa yang gembira dengan keadaan begitu. Dan apabila bangsa yang tidak gembira itu bangkit, ia dengan sendirinya akan menggugat kegembiraan orang lain. Mungkin jika Jepun tidak mendarat di Pantai Sabak, Kelantan pada Disember 1941, ketidakgembiraan orang Melayu itu masih berpanjangan. Bagaimanapun pendaratan yang diikuti oleh penaklukan Jepun membawa dimensi baru dalam cara berfikir orang Melayu. Kalau dahulu mereka cenderung menganggap Inggeris adalah tuan besar yang tidak boleh dikalahkan, kini perspektif itu berubah. Kejayaan orang-orang kerdil dan timur itu mengalahkan British memberikan semangat dan kekuatan baru kepada orang Melayu. Kesengsaraan yang ditanggung semasa pemerintahan Jepun menambahkan lagi kekuatan semangat tersebut. Pada masa yang sama orang Melayu mula terfikir bahawa mereka tidak boleh mengharap pada orang lain untuk melindungi mereka.
Apabila British kembali berkuasa pada tahun 1945, regim kolonial itu mendapati segala-galanya berubah. Melayu bukan lagi bangsa yang boleh dicucuk hidung. Semangat nasionalisme yang mula bertunas sejak era sebelum perang berkembang biak, mekar dan semerbak ke segenap pelosok Tanah Melayu. Seorang demi seorang nasionalis timbul dan satu demi satu gagasan untuk menyingkirkan penjajah muncul.
Mahathir dalam ‘Dilema Melayu’ menyebut bagaimana pada peringkat awal kebangkitan nasionalis selepas perang, tumpuan mereka lebih terarah pada sektor ekonomi. Mereka mahu menuntut hak yang lebih banyak, yang sepatutnya mereka miliki, di sektor itu. Pejuang-pejuang Melayu berharap akan dapat menggunakan tekanan ke atas penjajah British yang baru kembali berkuasa itu untuk memberikan lebih perhatian pada status ekonomi anak bangsa mereka. Bagaimanapun British mengalami renjatan psikologi akibat kekalahan di tangan Jepun. Dalam keadaan tergesa-gesa hendak memulihkan imej dan membina kekuatan baru, British melakukan kesilapan besar kerana mengusulkan Malayan Unionnya.
Tuhan mentakdirkan gagasan itulah rupa-rupanya menjadi titik penyatuan semua Melayu dalam erti kata yang sebenar. Penentangan terhadap gagasan itu menyebabkan Melayu melupakan darjat dan pangkat. Raja-raja Melayu, termasuk yang dahulunya kurang gembira melihat Melayu membentuk kesatuan sebab ‘mereka telah mempunyai raja’, kini berganding bahu dengan rakyat untuk mempertahankan maruah dan martabat bangsa yang cuba digugat oleh penjajah itu. Yang menariknya, penentangan ke atas Malayan Union tidak hanya disuarakan oleh orang Melayu, tetapi juga oleh sesetengah bekas pentadbir Inggeris yang pernah bertugas di Semenanjung. Kekalutan menentang Malayan Union ini menukar halatuju nasionalis Melayu. Mereka melupakan seketika perjuangan untuk menuntut hak di segi ekonomi secara lebih seimbang, sebaliknya mereka berjuang untuk mempertahankan ketuanan bangsa. Manakala, di kalangan kumpulan imigran pula, mereka tidak mempedulikan sangat mengenai perjuangan itu. Mereka lebih sibuk mengumpulkan kembali kekayaan yang hilang akibat perang.
Akhirnya, Malayan Union menjadi kenangan paling buruk bagi British. Gagasan yang disangka boleh menguatkan kembali kuku mereka itu rupa-rupanya hanya mempercepatkan proses pencabutan kuku-kuku tersebut. Sebelas tahun selepas gagasan Malayan Union dijelmakan, Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Dalam keadaan lazim, kejayaan mencapai kemerdekaan akan menamatkan segala dilema yang dihadapi oleh anak watan sesebuah negara. Di Malaysia, keadaannya sedikit berbeza. Kejayaan menurunkan Union Jack hanyalah nokhtah pada sebuah perjuangan, tetapi di nokhtah yang sama bermula pula satu perjuangan yang lain, dan perjuangan itu lebih sukar dan lebih panjang.
Perlu diakui bahawa Melayu menerima kemerdekaan dalam keadaan tidak cukup bersedia. Daripada segi politik memang tiada masalah. Melayu mempunyai segala yang diperlukan untuk membina dan menegakkan sebuah negara. Daripada segi prinsipnya kuasa politik Melayu tidak pernah berkurangan. Usaha penjajah untuk menggugat kuasa itu sejak isu campurtangan di Perak hingga ke Malayan Union tidak pernah berjaya secara mutlak. Bagaimanapun dalam soal ekonomi, Melayu masih menjadi kelompok yang tercicir. Pembabitan mereka masih ditahap yang amat kecil. Penguasaan mereka, daripada segi peratusannya, berpuluh kali ganda di belakang.
Dunia selepas Revolusi Perusahaan melanda Eropah adalah dunia yang berbeza daripada zaman sebelumnya. Perlumbaan ke arah kemajuan menjadi lebih gila. Kehormatan tidak lagi ditentukan oleh kekuatan seseorang atau sesuatu kelompok, sebaliknya oleh keupayaannya untuk berjaya. Nilai kejayaan pula tidak lagi diukur dengan aspek moralnya, tetapi dengan nilai emas dan ringgit. Tiada siapa akan memandang tinggi pada orang yang kuat tetapi papa.
Selepas Perang Dunia Kedua, kemajuan seolah-olah diterima sebagai satu rukun kehidupan. Kemusnahan akibat perang menyebabkan semua pihak berlumba untuk bangkit dan membina kehidupan baru. Kemusnahan itu juga menyediakan ruang kosong untuk diisi oleh kuasa-kuasa baru. Arus yang sama sampai ke Tanah Melayu. Perang menukar perspektif manusianya terhadap kehidupan. Peniaga-peniaga Cina yang rugi teruk akibat peperangan mula menggandakan usaha dan menjadi lebih gigih untuk membina semula kekayaan mereka. Manakala, Inggeris yang malu besar selepas dikalahkan oleh Jepun juga cuba membina kekuatan baru yang serba palsu. Sama seperti di tempat-tempat lain, di mana mereka diaibkan, Inggeris cuba membeli keyakinan anak-anak pribumi dengan mewarwarkan segala macam idea dan projek baru. Hasil daripada halatuju yang hampir sama itu, peniaga peniaga dan pemerintah Inggeris berjaya menjalin satu bentuk kerjasama ekonomi. Saudagar-saudagar Cina dilambakkan dengan pelbagai peluang oleh Inggeris. Mereka seakan diberi tanggungjawab untuk memulihkan negeri ini khususnya dalam perkara yang membabitkan penyediaan infrastruktur asas ekonomi. Melayu yang terkapai-kapai akibat peperangan menjadi lebih terkapai-kapai apabila melihat seorang demi seorang tauke Cina kembali menjadi kaya sedangkan mereka pula baru setakat mampu mencari benih padi selepas sekian lama memakan ubi. Lagi sekali Melayu menjadi keliru. Untuk menambahkan beban fikiran orang-orang Melayu, mereka terpaksa pula berhadapan dengan karenah politik Inggeris, dan kemudian dengan karenah Bintang Tiga, yang secara kebetulan membabitkan banyak orang Cina. Tekanan tekanan politik itu menjadikan Melayu semakin tidak mempunyai masa dan tenaga untuk terlibat secara aktif dalam sektor ekonomi. Di tengah-tengah kekalutan itulah perjuangan Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tercapai. Tetapi untuk memperolehi kemerdekaan itu mereka terpaksa membayar bermacam-macam harga, dan kebanyakannya kerana kekurangan yang mereka alami dari segi ekonomi.
Tanpa penguasaan ekonomi orang Melayu kehilangan kuasa mutlak untuk membuat tawar-menawar. Apa yang mereka ada hanyalah kuasa politik. Aliran baru dunia yang mendaulatkan kemajuan material menyebabkan bisa kuasa politik menjadi agak tawar. Kalau dahulu kuasa politik menjanjikan kuasa material, namun aliran baru tersebut membawa wajah yang sebaliknya. Kekuatan politik belum tentu menjanjikan kekuatan wang ringgit.
Nasib orang Melayu jauh berbeza dengan nasib kumpulan imigran, khususnya orang-orang Cina. Mereka umumnya memiliki kekuatan material, dan aliran baru yang melanda Tanah Melayu memungkinkan orang-orang Cina itu menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk membina kekuatan politik. Ertinya, secara tidak langsung orang-orang Cina memiliki kedua-duanya; kekuatan ekonomi dan kekuatan politik.
Dengan berpandukan kekuatan-kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua kumpulan yang menjadi tunggak kependudukan Tanah Melayu itulah, British menggariskan syarat itu dan ini dalam tawaran kemerdekaan mereka. Orang Melayu pula, yang lebih bersungguh- sungguh memperjuangkan kemerdekaan berbanding dengan bangsa-bangsa lain, terpaksa menerima syarat-syarat itu. Mereka sedar, kekuatan politik mereka sahaja tidak cukup untuk membeli kemerdekaan secara total. Atas kesedaran itu, mereka dengan senang hati menerima cadangan supaya orang-orang Cina dan India diberi hak kewarganegaraan, dan atas kesedaran yang sama, mereka berpuas hati dengan satu ketetapan lain iaitu, memberikan Hak Keistimewaan kepada mereka sebagai Bumiputera. Dan kerana mereka tidak pernah mengungkit hak menjadi warganegara yang diberi kepada orang lain, orang-orang Melayu tentulah berhak pula untuk berasa tidak gembira apabila orang lain cuba mengusik-usik taraf dan keistimewaan mereka sebagai Bumiputera sebagaimana yang telah terpatri dalam Kontrak Sosial.
Sering kali kita terdengar akan keperluan untuk rakyat Malaysia membentuk satu nasionalisme baru untuk mengatasi cabaran masa muka. Dengan mudahnya, nasionalisme ini mengimpikan satu bangsa yang merangkumi semua rakyat Malaysia, di mana semua mempunyai hak-hak yang saksama tanpa pilih kasih. Ramai mengenali nasionalisme baru ini sebagai bangsa Malaysia. Walaupun penulis mungkin bersimpati dengan konsep ini berbanding dengan apa yang sedang dipegang oleh pihak yang masih berselindung di dalam sangkar perkauman, penulis berpendapat bahawa bangsa Malaysia berada tidak jauh dari tarikh luputnya.
Sebelum kita berbicara tentang mengapa penulis berfikiran demikian, kita perlu memahami kenapa bangsa Malaysia lahir. Tidak perlu kita membelek buku-buku sejarah, politik ataupun falsafah untuk memahami perkara itu. Jawapan ringkas tetapi tepat boleh diperoleh dari batu asas kepada pemikiran kenegaraan yang memperjuangkan satu bangsa yang mengandungi pelbagai kaum untuk satu negara; batu asas itu adalah negara bangsa atau nation-state.
Negara di sini bukanlah sebuah negara yang mudah untuk difahami oleh semua. Bahasa Melayu, atau apa yang akan ditegaskan oleh penyorak-penyorak bangsa Malaysia, bahasa Malaysia, atau sekurang-kurangnya pembicaraan popular tempatan yang bersangkut paut tentang kenegaraan gagal membezakan konsep country (negara, negeri atau wilayah yang boleh dilukis di atas kertas), nation (negara atau lebih tepat bangsa) dan state (negara sebagai satu institusi) secara memuaskan. Kekeliruan ini menjadikan perdebatan tentang negara Islam di Malaysia berganjak satu perkara yang penting kepada satu pertunjukan sarkas yang tidak bermakna. Susah untuk seseorang itu memastikan sama ada penyokong dan penentang negara Islam berdebat tentang Islamic state atau Islamic country. Ini sendiri membuatkan penulis duduk jauh daripada perbahasan mengenai negara Islam di mana para pendebat tidak sedar akan perbezaan penting ini.
Kembali kepada perkara pokok, dengan harapan masalah penterjemaah tidak mengaburi apa yang penulis mahu sampaikan, negara bangsa mengatakan bahawa sesuatu bangsa, satu kelompok manusia yang berkongsi warna kulit, bahasa, agama atau secara amnya budaya, berhak mentadbir dirinya sendiri. Pentadbiran ini direalisasikan melalui mendirikan satu institusi iaitu negara.
Pemimpin-pemimpin Malaya dan kemudiannya Malaysia sendiri cuba mendirikan negara kita di atas konsep negara bangsa, di mana bangsa itu adalah bangsa Malaya (Malayan) dan kemudiannya Malaysia (Malaysian). Bagi negara yang berbilang kaum, pelbagai bangsa, usaha untuk mendirikan satu negara bangsa akan bertemu dengan satu halangan yang besar: ketiadaan satu bangsa organik yang merangkumi semua bangsa; ketiadaan bangsa mengiakan negara yang mengandungi pelbagai bangsa organik; tiada bangsa yang organik yang menerima bangsa Melayu, Cina, India dan “bangsa lain-lain” sebagai anggota dengan yakin.
Mungkin bangsa baru wujud beberapa dekad setelah imigrasi besar-besaran ke negeri-negeri Melayu serta Borneo berlaku. Pendapat ini bagaimanapun terlampau bersifat subjektif dan sukar dibentuk di dalam minda dengan baiknya tanpa pencanggahan. Walau bagaimanapun, jika kita lupakan sementara masalah definisi itu dengan semangat pragmatisme, bangsa yang baru itu tidak bernama dan hanya dirujuk sebagai satu apabila negara kita terdiri. Dalam usaha untuk mengesahkan negara ini dari pandangan negara bangsa, konsep kerakyatan tidak mencukupi. Keperluan untuk membentuk satu bangsa tiruan wujud atas ketiadaan bangsa organik. Oleh itu, bangsa baru yang tidak bernama itu mula dirujuk sebagai bangsa Malaysia, semperna negara Malaysia.
Tetapi, falsafah yang diketengahkan oleh negara bangsa berdiri dengan tanggapan yang satu bangsa itu berhak untuk mentadbirkan dirinya sendiri. Namun persoalannya adalah berkenaan dengan keperluan sesebuah bangsa itu sendiri samaada perlu atau tidak untuk berdiri dengan bangsa sebagai tunggak asas. Malaysia sendiri berjaya dibentuk tanpa adanya bangsa yang satu. Penekanan terhadap bangsa Malaysia hanya berlaku selepas terbentuknya negara Malaysia. Ini adalah satu tanda yang mengatakan negara bangsa itu tidak menjadi satu syarat dalam pembentukan negara.
Yang lebih ditakutkan, konsep negara bangsa itu sendiri mungkin akan membawa kepada perpecahan negara, gerakan pemisah, atau masing-masing menuntut wilayah naungan. Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berpengaruh. Jika konsep negera bangsa dipatuhi dengan taatnya, lambat laun Malaysia akan terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga negara. Ini belum lagi mengambil kira perbezaan agama yang boleh menjadi asas kepada pemikiran negara bangsa.
Di negara-negara lain seperti Perancis, negara bangsa tidak lagi memainkan peranan utama dalam pentadbiran negara. Malah, Kesatuan Eropah sendiri tidak memerlukan satu bangsa luas untuk mengemudi dirinya ke hadapan. Kesatuan tersebut ada masalah-masalahnya sendiri tetapi perlu diingatkan, pembentukan negara itu sendiri memerlukan masa. Apa yang ingin disampai di sini ialah konsep kerakyatan itu sendiri sudah mencukupi.
Tambahan pula, demografik sesuatu negara sering berubah. Pergerakan manusia serta modal yang semakin bebas sering menukarkan kandungan bangsa sintetik seperti konsep bangsa Malaysia itu sendiri. Apabila kandungan bangsa sintetik itu diubah disebabkan pergaulan di antara bangsa-bangsa organik dan lebih penting, individu-individu, apakah perlu kita mengembeleng tenaga sekali lagi untuk mentakrifkan bangsa yang baru? Adakah perlu kita melindungi takrifan bangsa sintetik itu daripada berubah? Perubahan itu bagaimanapun tidak meminta konsep kerakyatan berubah, jika asas kerakyatan itu bersifat liberal dan buta kepada idea negara bangsa.
penulis sebagai seseorang individu mahu mendekati satu bentuk nasionalisme yang lebih unggul dan luas daripada yang berasaskan negara bangsa. Kita perlu melihat lebih jauh dari konsep bangsa. Ini bagaimanapun tidak bermakna kita harus menghapuskan bangsa-bangsa organik. Kita semua adalah seorang individu dan setiap individu itu berhak menentukan cara hidup mereka sendiri dengan syarat tindakan mereka itu tidak merampas hak-hak yang sama yang dinikmati oleh orang-orang lain.
Sebagai satu negara yang kecil, kita harus cergas menerima apa yang terbaik daripada tamadun manusia. Sudah hilang waktu di mana kita boleh melihat kepada kaum kita sendiri untuk mencari kekuatan. Kita harus menjemput mereka yang ingin berusaha untuk membina kehidupan yang terulung walaupun mereka orang asing. Negara atau masyarakat yang mengandungi individu-individu ini akan menaikkan taraf kehidupan masyarakat itu sendiri. Selamat datang diucapkan kepada mereka yang ingin menyumbang dan sanggup menghormati hak-hak individu terhadap kebebasan.
Nasionalisme penulis sering berkisar kepada pembukaan sempadan kita kepada mereka yang terlatih untuk membangunkan negara. Sebelum itu berlaku, kesaksamaan hak-hak terhadap kebebasan perlu dijamin. Nasionalisme ini perlu melindungi semua dengan sama rata, tanpa mengira kerakyatan. Negara yang menjamin semua ini akan menarik yang terbaik di kalangan manusia dan seterusnya membolehkan kita membina satu tamadun yang hebat tanpa sekatan yang terbina atas nama ketakutan. Konsep negara bangsa merupakan satu sekatan untuk kita maju ke hadapan, jauh meninggalkan yang lain yang masih terkongkong di dalam pemikiran lama.
Penulis yakin, inilah nasionalisme yang tertinggi dan terbaik, di mana bangsa itu adalah bangsa manusia. Tidak perlu kita mewujudkan bangsa yang sintetik untuk bersatu. Hanya yang diperlukan adalah kesanggupan untuk kita untuk hormat-menghormati hak-hak asasi individu tanpa memilih kasih. Nasionalisme yang terluas inilah yang akan mengatasi nasionalisme yang lain sungguhpun ia sebenarnya lebih menjurus kepada liberalisme dan sekularisme.

Sunday, September 21, 2008

The Day 8808

The Day 8808

Tuesday, September 9, 2008

liwatted.........

most people know that i give a lil sh*t about politics because the idea of a perfect country for me is that u wont get shot mase ngah minum air kat mapley..
so, if the government could prevent this from happen, i wont give a damn sape yang memerintah, GOV or OPPOS..however, there's something bout politic that attracts me recently, it happens because of the word 'LIWAT' i am amazed to see the usage of this word spreads like air liur yang menyembur in the media..

the most interesting story is, the statement that guy (u know who) made.'batang kot* telah memasuki lubang jubur saya dan saya berasa sakit' <-- well, dia xde la mention camni..aku yang teringin nak tulis.. pardon.'saya diliwat secara paksa' <-- it goes something like this la..

well, why do i think this is funny?think of it, the guy is actually in his early 2os with energy of a young dude (real dude not dut)so, how could he being liwatted by someone who is in his late 50s? dont u think its weird? i'm in early 2os also, and i know, if i were to being fucked in the ass by an much older dude, aku rasa aku leh lawan balik! tumbuk je la telur tua dia kalo ko tidak rela disetubuhi secara songsang!

UNLESS,the guy yang dijubur was in the state of paksa-rela or even rela-sangat? Perhaps!well, korang jangan salah faham, i admit, knowledge aku psl politik equals to a bimbo's about microbe nuclear catalysts..so i write what i feel and if u do not agree.. gi komplain kat blog sendiri coz this is my fucking blog..sekadar selingan..i wonder, during the few minutes before the fucking session went down, what were thier dialogues? camni kot..

penjubur: (memegang janggut yang beruban) come here bit*h! i want to fu*k ur sweet ass!
dijubur : no! tidak! aku bukan gay! aku x rela! kalo x caya tnya makcik, eh pakcik aku! (baring atas katil sambil bukak baju tight warna pink)
penjubur: (jalan dengan terbongkok2 berkelajuan 2km/j) jangan lari! aku dah ade famili, pernah fu*k orang lain dan kali ini aku ingin fu*k kamu!
dijubur : tidak! aku orang penting di U aku.. malu la kalo aku mengaku depan akbar yang aku aku punya jubur dah disuntut oleh orang tua! (sambil on mp3 lagu 'janji manismu')
penjubur: aku tak kira! aku nak fu*k ko sekarang! aku makin horny bila aku ada chance naik balik dalam parti!
dijubur : tak mahu! tidak! (switch ke lagu 'mahu tapi malu' dari dina)
Penjubur: hahaha aku dah dapat ko! kudrat tua aku lagi kuat dari mu!
dijubur : argh!! tidaaakkkkk ahhhh tidaakkkkk ermmhhh ahhhh tidakkk..kuat lagi please?
the rest was a history...

Wednesday, September 3, 2008

tipu oh tipu.....

Orang melayu bukan takat mudah lupa, tapi juga mudah percaya dan mudah kena tipu.

Skim cepat kaya = kena tipu
Saham internet = pun kena tipu
Black money syndicate = kena tipu juga
Gores dan menang = kena tipu lagi
Ceramah Anwar Berahim = hahaha kena tipu lagi dan lagi

Wednesday, August 6, 2008

Melayu Mdah Lupa................

Jika diimbau sejarah..

Jika pemimpin terdahulu tidak memikirkan penekanan betapa pentingnya pendidikan..

jika pemimpin terdahulu terikut dengan ideologi2 Sukarno dengan Indonesia Rayanya..

Jika pemimpin terdahulu mengambil konsep 'Merdeka dengan Darah' dari konsep ' Merdeka tanpa Darah'(perundingan)

nescaya ......
aku rasa ramai antara melayu kita ni dok buang air besar kat sungai dan merata2 macam kat negeri jiran kita....

melayu mudah lupa...

Tuesday, July 8, 2008

Lu Pikir la Sendiri......

Salam,


Khas untuk penyokong setia Anwar.......

Mengenai Soal Anwar yang beria-ria nak jadi PM, di sini saya catitkan rentetan kisah Anwar kepada semua..........


1.Pernahkah anda tahu Anwar telah membuat keputusan utk membuat pinjaman drpd IMF yang diterajui Yahudi ketika Malaysia gawat pada tahun 1997-98(ketika itu Menteri Kewangan)?

2.Pernahkah anda tahu tindakan Anwar itu menunjukkan dia ingin menjual Malaysia kepada Yahudi?

3.Pernahkah anda tahu Anwar pernah berjumpa PAUL WOLFOWITZ, neo-konsevatif Yahudi yang menjadi arkitek perang di Iraq(juga pengerusi IMF sekarang) untuk mendapat sokongan supaya beliau dapat menjadi PM Malaysia?(video ada di Youtube- Angkara Yahudi di M'sia)

4.Pernahkah anda tahu Anwar pernah mengatakan tiada social justification di Malaysia dalam satu wawancara secara langsung di Indonesia juga memburukkan Malaysia yang ditonton puluhan juta rakyat Indonesia?(video ada dalam Youtube)

5.Anwar juga menyokong Indonesia dengan mengatakan kes kekejaman Nirmala Bonat biasa berlaku di malaysia seolah-olah rakyat Malaysia suka mendera sedangkan banyak jenayah dilakukan rakyat Indonesia di Malaysia?

6.Pernahkah anda tahu Anwar menyokong Hindraf yang mengatakan berlaku penghapusan etnik Hindu di Malaysia sepertimana rakyat Bosnia ketika dibunuh Serbia.

7.Pernahkah anda tahu Anwar pernah berusaha menjatuhkan TUN semasa dia menjadi TPM dengan merancang Pemilihan Agung UMNO sebagai medan terakhir TUN tumbang jawatan Presiden?

8. Anwar juga menyatakan dengan tegas dalam wawancara di New York dan Singapore bahawa dia akan menghapuskan DEB apabila dia berkuasa sebagai PM?

9. Anwar kan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuklah mendapatkan sokongan orang Cina, Hindu dan Yahudi demi mencapai cita-citanya menjadi PM bulan September ini.

Berfikir sebelum bercakap atau menulis ...

Banyakkan membaca atau carilah bukti sebelum limpahkan idea yang tiada membawa manfaat,

Video menunjukkan pengakuan TUN yang Anwar tidak bersalah telah diedit. TUN telah mengakui hal tersebut semasa temubual bersama wartawan ketika TUN berkempen untuk Mukhriz di Jerlun pada PRU 12.(lihat Youtube-taip Bongkar Putar Belit 'Video Pengakuan Mahathir Zalimi Anwar' ada link ke website dan article untuk di baca)

Wasalam....

Thursday, June 26, 2008

PUJI........

Asyik Puji Je, Apa Pandangan Islam ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


"Masyaallah, sangat hebat kesannya tulisan ustaz ini dalam diri saya"

"Anta memang satu-satunya insan hebat dan mampu mengulas dengan sangat jelas dan adil"

"Buku yang sangat mampu mengubah seluruh masyarakat"

"Penyampaian yang saudara buat tadi memang sangat-sangat cemerlang, kalau bukan kerananya kta tidak mampu dapat kontrak nih"

"Dato' telah membuat satu keputusan yang sangat bernas, pelik mengapa orang lain tidak dapat memikirkan seperti yang Dato fikirkan"

"Saya kira Dr adalah orang yang paling berautoriti dalam bidang ini, apa yang Dr cakap adalah hujjah utama kami"

"Boss, cekap betul boss menyelesaikan masalah tadi, kami tak sangka hal yang amat rumit nampak begitu mudah bila boss bagi penyelesaian"

Ini mungkin segelintir bentuk pujian yang dilontarkan kepada tokoh ilmuan Islam, tokoh politik, ahli akademik, ketua syarikat dan lain-lain. Adakah pujian ini dibenarkan oleh Islam dibuat secara terbuka di hadapan individu terbabit?

Dalam artikel sebelum ini, saya berkongsi sedikit pandangan berkenaan bahaya sangka buruk jenis dosa yang semakin membiak di dalam masyarakat kita. Namun begitu, sebenarnya masih banyak isu dan fakta berkaitan sangka buruk yang belum sempat untuk saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. InshaAllah saya akan cuba kongsikannya bersama pembaca selepas ini.

Cumanya saya ingin dahulukan artikel ini disebabkan agak ramai yang terlibat dan kesannya yang tidak kurang dahsyat. Isunya adalah puji memuji, apakah pandangan Islam untuk kita mmeuji seseorang di hadapannya?. Apakah pula bezanya dengan membodek dan pujian sebenar?.

Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan. Diriwayatkan dalam sebuah hadis :-

عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ

Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )

PUJIAN ATAU ‘MEMBODEK'

Sekali baca kelihatan kita ditegah sama sekali untuk memuji sesorang di hadapannya. Namun Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut pujian yang "memotong belakang" itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian

Perkara ini dalam kata lainnya adalah 'membodek'. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan. Justeru jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan 'bodek'. Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelintirnya akan memuji dengan benar.

Pujian melampau jenis ‘bodek' bukan sahaja boleh dibuat melalui ungkapan lisan malah ia juga dibuat melalui pergerakan fizikal seperti cium tangan dan sebagainya. Hasilnya, orang yang diperlakukan sedemikian boleh diuji dengan hebat sehingga mereka akan menjadi seorang yang menyangka superior atas segala sesuatu, terbijak, paling berpengaruh dan lain-lain. Sehingga tiada lagi proses peningkatan perlu dibuat. Inilah yang pernah memerangkap perasaan bekas Perdana Menteri, beliau sendiri mengakuinya banyak kali, terbaru di dalam web beliau apabila beliau mengatakan :-

"Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan.: ( rujuk http://www.chedet.com/)

Jelasnya, sang bekas perdana menteri terangkap dengan pujian dan gerakan sokongan orang di sekelilingnya. Kebanyakan mereka yang memuji bukan 'pujian sebenar' namun hanya dibuat kerana kepentingan diri masing-masing. Agar dilihat taat, orang setia dan lain-lain.

Ini biasa berlaku bagi orang berjawatan. Lihat sahaja boss di syarikat anda bekerja, sudah tentu ada yang 'kipas' di dalam mesyuarat, di luar mesyuarat dan lain-lain. Sehingga adakalanya keputusan yang 'TIDAK BIJAK' dilihat bijak akibat bodekan dan pujian palsu ini. Selepas si boss tiada jawatan baru akan diketahui pujian itu hakiki atau palsu semata-mata. Inilah yang dirasai oleh bekas Perdana Menteri.

Budaya 'kipas' dan 'bodek' ini tidak lain kecuali satu tindakan yang haram di sisi Islam dan ia ternyata dari hadis di atas. Yang mana ia pasti membawa kesan buruk kepada penerima 'bodekan'. Malah kesan buruk itu bukan sahaja terhenti kepada orang yang di'bodek' malah seluruh organisasi akan terkesan. Sudah tentu, apabila keputusan yang salah terus dipuji dan disokong kerana 'bodek', akhirnya memudaratkan masyarakat, organisasi serta syarikat.

PUJIAN SEBENAR

Bagi sesetengah individu yang dipuji bukan kerana jawatan yang dipegangnya atau apa jua pengaruh keduniaan. Sebagai contoh ia seorang ulama yang alim lagi rendah diri, tokoh masyarakat yang berjasa, penulis buku yang berkualiti, majalah dan lain-lain yang cekap dan bijak dalam bidangnya. Pujian yang ditujukan kepada hasil kerja dan usahanya menurut kebiasaan adalah pujian yang layak dan benar. Ia tidak jatuh dalam kategori 'bodek' tapi ia masih mempunyai kebahayaan yang mendalam kesannya. Sebuah hadis berbunyi :-

احثوا التراب في وجوه المداحين

Ertinya : Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji ( Abu Daud, no 4170 )

Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132 )

Imam Al-Khattabi ketika menghuraikan hadis di atas berkata :-

فَأَمَّا مَنْ مَدَحَ الرَّجُل عَلَى الْفِعْل الْحَسَن تَرْغِيبًا لَهُ فِي أَمْثَاله وَتَحْرِيضًا لِلنَّاسِ عَلَى الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَشْبَاهه , فَلَيْسَ بِمَدَّاحٍ

Ertinya : Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" ( Ma'alim as-Sunan)

Walau apa jua takwil, teks hadis ini juga merangkumkan segala jenis pujian benar di hadapan orang yang dipujinya. Pengajaran dari hadis sudah tentu jangan terlalu banyak memuji orang dihadapannya walalupun pujian itu adalah BENAR DAN IKHLAS kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya. Kerana itulah sebuah hadis sohih menyebut :-

سمع النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ رجلًا يُثنى على رجل ويُطْرِيهِ في المِدْحَةِ، فقال أهلكتم ـ أو قطعتم ـ ظهر الرَّجل

Ertinya : Musa Al-Asyaary berkata : Rasulullah mendengar seornag lelaki memuji seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong diri lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi-situasi tertentu dan kepada individu tertentu. Situasi tertentu seperti :-

a- Orang yang kehilangan keyakinan diri dalam buat perkara baik. Tatkala itu, kita ungkit kebaikkan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.

b- Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu, boleh diberikan pujian atas keberaniannya dan berniat agar ia mampu dicontohi oleh orang lain.

c- Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik dari tergoda dengan sifat ‘ujub (ta'ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu, harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama agar orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan role model dan contoh ikutan. Hal ini jelas adalah nabi s.a.w memuji secraa terangan beberapa sahabat sebagaimana Nabi memuji Ubadah Al Jarrah sebagai ( Aminul Ummah ) individu yang paling jujur dari umat Muhammad, dan pujian kepada Umar al-Khattab r.a :

لو سلك عمر بن الخطاب طريقاً لسلك الشيطان طريقاً آخر

Ertinya : Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain ( kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya') ( Riwayat Al-Bukhari)

Dan juga sebuah lagi hadis :-

ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر

Ertinya : Tiadalah terbitnya matahari ke atas seorang lelaki yang lebih hebat dari Umar " ( Riwayat Al-Hakim, 3/96 ; Sohih isnadnya)

Hadis ini bersifat simbolik menunjukkan kekuatan cahaya kebaikan yang dibawa oleh Umar r.a kepada umat Muhammad s.a.w. Sebenarnya terlalu banyak hadis-hadis yang menunjukkan pujian baginda kepada para sahabatnya terutamanya sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Abbas, sepuluh sahabat yang dijamin syurga dan ramai lagi. Semua mereka berkelayakan dan kukuh imannya.

d- Kanak-kanak dipuji oleh guru dan ibu bapanya bagi merangsang minda dan keyakinan diri si kanak-kanak.

e- Pemimpin yang telus, adil, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t dengan kadar sederhana.

Walaupun semua jenis pujian dalam beberapa situasi seperti ini dibenarkan, si pemuji tidak tergolong dalam kategori yang dilarang oleh Islam. Satu lagi ingatan Nabi s.a.w bagi orang yang ingin memuji adalah :-

إن كان أحدكم مادحًا أخاه لا محالة فليقُل: أحْسَب كذا وكذا إن كان يَرى أنه كذلك، وحَسِيبُه الله، ولا يُزكِّي عَلَى الله أحدًا

Ertinya : Sekiranya ada dari kalangan kamu ingin tidak dapat untuk mengelak dari perlu memuji saudaranya, maka katakanlah : "Aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya..dan Allah akan mengiranya, dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah ( Riwayat Al-Bukhari, no 2519, 2/946)

TUGAS MEREKA YANG DIPUJI

Seterusnya terpulang kepada orang yang dipuji untuk mengawal perasaan dalamannya agar menerima pujian dengan segera mengembalikan kepada izin Allah dan kuasaNya. Justeru, perisai ini akan dapat menghalang dirinya dari merasakan itu kehebatan yang diusahakannya semata.

Sebagai diajar oleh para sahabat Nabi apabila mereka dipuji, mereka akan terus berdoa secara rendah diri dengan doanya :-

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون (واجعلني خيراً مما يظنون)

Ertinya : Ya Allah janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan) (Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)

Sehebat-hebat Nabi s.a.w yang berjaya membuka Mekkah pun tunduk dan menyerahkan pujian kepada Allah, dan demikian juga Zulqarnain sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam surah Al-Kahfi, kejayaannya membina tembok hebat dan kukuh dikembalikan kepada Allah.

Namun demikian, orang yang dipuji janganlah pula terlalu merendah diri secara salah sehingga mencerca diri secara terbuka apabila dipuji orang ramai. Ia tidak diperlukan, jika ingin menewaskan perasaan ujub di hati, cercalah diri secara sendirian.

Jangan juga tiba-tiba berterus terang menyebut diri tidak ikhlas atau apa jua yang merosakkan kepercayaan orang kepada diri.

Jangan pula berlebihan membawa kisah pujian kepada ramai orang lain kerana ia boleh membawa satu penyakit lain di kalangan pendengar pula iaitu HASAD DENGKI. Saya akan tuliskan satu artikel berkenaan kedahsyatan virus dengki dalam mayarakat kita selepas ini InshaAllah.

Jangan juga mengambil pujian itu secara serius dan berhasrat mendapatkannya lagi. Kerana sekali ia terbuku di hati sedemikian, ia akan merosakkan niat dan melemahkan kerja amal kepada pemburuan pujian manusia yang sementara.

Akhirnya, apabila tiada lagi pujian, tamatlah juga usaha kita. Lebih bimbang, usaha berterusan tapi tamatlah catatan amal dan pahala di sisi Allah kerana dilakukan kerana manusia. Nauzubillah.

Sekadar itu artikel ringkas untuk ingatan diri saya dan rakan-rakan. Terutama mereka yang kerap dipuji. Ingatan juga buat mereka yang ringan tangan dan lidah memuji, bukannya niat saya agar anda stop memuji mereka yang layak.

Bukan juga niat saya untuk motivasikan anda untuk terus dan asyik memuji tanpa memikirkan kebahayaan kepada diri yang dipuji dan diharap turut fikirkan orang lain yang mendengar dan membaca pujian-pujian, ada yang mudah jadi cemburu secara tiba-tiba.

Terus terang, dalam dunia internet ini terdapat ramai bloggers yang kerap dipuji sehingga menimbulkan cemburu di sisi pembaca lain atau bloggers lain yang kurang popular. Ini menyebabkan ada kalangan mereka yang menghantar kecaman, kutukan kepada bloggers sbagi merosakkan minda dan kemampuan di bloggers menghasilkan tulisan yang baik. Bayangkan, sampai begitu sekali !!.

Akhirnya, benar terdapat nas yang menyebut bahawa pujian dan nikmat yang diperolehi oleh amalan solehnya seseorang (tanpa ia berniatkan untuk mendapat pujian) adalah merupakan satu nikmat awal dari Allah untuknya, namun kita perlu teringat bahawa terdapat individu yang telah menikmati pujian atas amalan baiknya di dunia ini mungkin akan terlepas dari pulangan nikmat di akhirat. Demikian intipati kata-kata khalifah Abu Bakar yang bimbang nikmat awal di dunia akan menghalang nikmat di akhirat. Itulah akibat terselit keinginan pujian dunia semasa lakukan amal soleh. Demikian berhati-hatinya Abu Bakar as-Siddiq. Allah Akbar !

Tidak dinafikan sedikit-sedikit penghargaan dan pujian perlu untuk merangsang terus menulis secara percuma, bekerja dan beramal untuk ummah, namun ia perlu dilihat secara berhati-hati.

Semoga Allah memelihara kita semua dari tersalah guna pujian yang sebenarnya manis buat hati untuk terus berjuang memartabatkan Islam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Wednesday, June 25, 2008

Suatu hari nanti.......

dulu ramai hina dan keji dia, cu
masa tu ramai kata dia babi, tenuk, tungau dan cipan, cu
tapi pemimpin agung kita tu buat derk aje
cakap la apa saja, dia pura-pura tido.. tak ambek pot
dia selamatkan duit negara kita ni berpuluh-puluh billion RM tiap-tiap tahun, cu
berkat kecekalan semangat Pak Lah menerima kejian
hari ni kita dah jadi bangsa angkasa, cu
hasil penjimatan Pak Lah dulu tu lah
hari ni kita setiap sorang dapat sebijik sekolah
tiap rakyat Malaysia disediakan kerajaan BN dengan hospital sorang satu
tiap-tiap kampung ada koridor masing-masing
kalau duit tu tak diselamatkan
takkan kerajaan mampu nak bagi semua tu untuk kita
habis gitu je lah kat tangki minyak rakyat2 yg bermentaliti subsidi
Eh cu... jgn lupa esok Hari Kesatria Agung Pak Lah
pi tido awal esok kita ramai-ramai nak sembah Tugu Pak Lah
jangan lupa..
sebab Pak Lah kita idup kat utan cu...sebab kita dah tak mampu nak tanggung kos sara hidup yg sentiasa meningkat.
dulu, arwah atuk nenek, nenek terpaksa makan ubi, sebab jepun melanggar tanah melayu cu, sekarang kita semua makan ubi, kerana perjuangan Pak Lah kepada rakyat cu....

heheeheheh .. agak2nye nie bleh tak kita citer kat cucu kita nanti .. heheheh

Mengapa harga minyak dinaikkan?

“Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

” Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. “Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.”

Figure2 di atas tidak termasuk “Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain.”

Tuesday, June 24, 2008

Subsidi Petrol........

"Subsidi ialah social obligation dari kerajaan untuk kekalkan harga minyak dll.. Subsidi berasal dari duit dari rakyat yang membayar cukai pendapatan dan cukai-cukai yang lain. Duit rakyat yang dikumpul berbilion ringgit setahun. Duit rakyat seharusnya dipulangkan untuk rakyat untuk membantu rakyat sepatutnya semasa waktu kesusahan khasnya. Org ekonomi boleh congak dengan mudah. Kerajaan seharusnya jangan sebut fasal rugi kerana Petronas tidak pernah rugi. Kita sudah berpelajaran mudah sahaja membuat congak semua ini. Duit lebihan jualan minyak dengan harga yang mahal waktu ini boleh mengekalkan harga minyak sebenarnya. Kadang-kadang tertanya juga ke mana dan arah mana duit itu digunakan sebenarnya. Malangnya orang kampung khasnya yang Melayu yang tertekan teruk. Namun ramai yg tidak sedar". Sememangnya ramai masyarakaat kita yang tidak menyedari akan hakikat dan hak kita juga mereka yang sebenar. Tapi, insyaAllah kalau kita semua sama-sama sedarkan masyarakat kita akan hak dan tanggungjawab serta peranan yang harus kita mainkan, dengan izinNya kesamarataan, kestabilan akan tercapai dan penindasan tidak akan berlaku... insyaAllah.....


Petrol oh Petrol.........

Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.
Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000
Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!

Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)
Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!
Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!
Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!
Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:

Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..
Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.
USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.
RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.
Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.
Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?
Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!

Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.
Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.
Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.
1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134
Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.
1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).
Maka,
2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.
Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.
Secara teknikalnya,
Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858
Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setong
Kita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.
Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)
Analisis lain:
1 tong minyak mentah = 159 liter
46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.
46% dari 159 liter = 73.14 liter
73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)
USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.
Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.
PErsoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?
Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.
Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.
Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘ganti rugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.
BEtapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun.
Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?
Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245 sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga meningkat sebanyak 40%.. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?
Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?
Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.
Fikirkan:
Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.
PErsoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?
Jawapannya:
Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri!
Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam
NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP
DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian
di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun
dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan
dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari
kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai
bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun
oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan
mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya
daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan
Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka
Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang
beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya
dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

nantikan pada 7 Julai ini......
semoga kita sama2 m'dpt manfaat.... Rose.gif ThanxSmiley.gif
wassalam

Thursday, June 19, 2008

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KHUTBAH JUMAAT

" BERBAKTI KEPADA IBU BAPA MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP "

( 20 Jun 2008 / 16 Jamadil Akhir 1429H )

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang soleh dan menjadi contoh terbaik kepada keluarga dan masyarakat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah " BERBAKTI KEPADA IBU BAPA MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP " .

Sidang Jumaat yang dihormati,

Penderhakaan kepada ibu bapa adalah sebahagian gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Paling malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan ibu bapa.

Lebih menyedihkan terdapat ibu bapa yang telah ditempatkan di rumah kebajikan ini merayu kepada anak-anak supaya mengambil mereka kembali untuk tinggal bersama tetapi tidak diendahkan. Selain itu terdapat juga anak-anak lebih memuliakan dan menghormati kawan-kawan dan sahabat handai berbanding dengan layanan kepada ibu bapa mereka.

Mimbar Jumaat pada hari ini menyeru umat Islam jangan mencontohi kisah layanan buruk ‘Alqamah terhadap ibunya yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dalam kisah ini , ‘Alqamah telah ditimpa sakit yang amat teruk dan tidak dapat mengucap ketika hampir saat kematiannya walaupun sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah mengajarnya berkali-kali sehinggakan Rasulullah terpaksa memanggil ibu ‘Alqamah untuk bertanyakan apa hal sebenarnya yang berlaku.

Ibu ‘Alqamah telah menerangkan kepada Rasulullah SAW bahwa dia marah kepada anaknya kerana anaknya lebih mengutamakan isteri lebih daripada ibunya sendiri. Lihatlah sidang jamaah sekalian, walaupun ‘Alqamah adalah seorang yang sangat taat dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT, rajin bersolat, berpuasa dan bersedekah tetapi disebabkan kemarahan ibunya Allah SWT telah menutup lidahnya untuk mengucapkan kalimah syahadah.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam surah Lukman ayat 14:

Maksudnya : " Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ".

Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.

Sidang Jumaat yang dikasihani,

Sesungguhnya tanggungjawab anak-anak terhadap kedua orang tua bukanlah hanya dilakukan semasa hayat mereka masih ada sahaja tetapi berterusan walaupun mereka telah meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan bakti mereka dengan pelbagai amalan seperti memperbanyakkan istighfar dan berdoa untuk mereka, bersedekah, membayar segala hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat yang mereka tinggalkan selagi wasiat tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Selain itu menghubungkan silaturahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang-orang kesayangan ibu bapa juga merupakan salah satu cara berbakti yang boleh kita lakukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar hari ini sekali lagi menyeru supaya kita beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menikmati kualiti hidup yang sempurna di dunia ini. Jika kita gagal berbuat demikian, maka di kemudian hari kita akan menerima nasib yang sama. Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : " Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka . "

Fahamilah hakikat bahawa setiap kita adalah anak dan setiap kita juga akan menjadi ibu dan ayah. Oleh itu berlaku ihsanlah kepada ibu bapa agar setiap anak yang akan menjadi ibu dan bapa, akan dikasihani dan disayangi oleh anak-anak pula. Mimbar yang mulia ini bimbang jika ibu bapa kita hidup dalam keadaan terbiar, maka kemungkinan besar anak-anak yang akan menjadi ibu dan bapa juga akan turut terbiar dan tidak dipedulikan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 7 :

Maksudnya : " Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga ".